Recent Comments

Saturday, January 11, 2014

Xiaomi akan datang ke Malaysia


Xiaomi membuat pengumuman akan bakal dipasarkan di pasaran Singapura dan Malaysia pada 2014. Syarikat tersebut juga sudah mengesahkan yang mereka akan menembusi pasaran Singapura dalam masa terdekat. Maklumat lengkap agak terhad pada masa ini tetapi minggu lepas melalui akaun Facebook mereka, Xiaomi ada membuat tinjauan ke atas pengguna tentang pilihan model telefon pintar yang mana yang menjadi pilihan. Khabar angin mengatakan yang Xiaomi dijangka memilih model utama mereka Mi-3 untuk pasaran Malaysia.

Model Mi-3 memang sangat popular di China. Ianya terjual lebih 10,000 unit kurang dari 86 saat di atas talian. Apa yang membuatkan telefon pintar ini sangat popular? Spesifikasi di bawah akan menjawab persoalan tersebut.

 

1. Cip pemproses yang laju


tegra procMi-3 (model WCDMA) dikuasakan variasi terbaru cip pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 800. Snapdragon 800 (MSM8974AB) mempunyai cip pemproses grafik Adreno 330 yang mana boleh ditingkatkan kelajuannya dari 450mhz ke 550mhz. Manakala untuk model TD pula, cip pemproses empat teras NVIDIA Tegra 4 digunakan.

 

2. Sistem operasi Android khas yang dikemaskini setiap minggu.


xiaomi MIUIMi-3 beroperasi di atas versi yang telah diubahsuai Android Jelly Bean 4.2. Diberi nama MIUI versi 5, versi Android ini memberikan kebebasan penuh kepada pengguna untuk mengubahsuai paparan muka telefon pintar mereka. Jurutera Xiaomi secara proaktif mengumpul maklumbalas dari pengguna samada masalah perisian atau hardware. Lebih menarik lagi Xiaomi menjanjikan kemaskini perisian mereka setiap hari Jumaat setiap minggu.

 

3. Kamera dan pencahayaan yang baik


Kamera Xiaomi Mi-3 dilengkapi kamera 13 megapiksel sebagai kamera utama dan mempunyai bukaan lensa yang luas serta 2 LED untuk pencahayaan mantap bagi imej yang kurang cahaya.

 

4. Bateri lebih besar


bateri xiaomiBateri Mi-3 mempunyai kapasiti 3050mah. Ini membuatkan Mi-3 antara telefon pintar yang berupaya bertahan lebih lama.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)

Koon Hack Blogger Templates