Recent Comments

Monday, January 13, 2014

Komputer Modular Projek Christine


Jika masih diingat lagi, 2 tahun lepas syarikat pengeluar peranti gaming terkenal Razer pernah mengumumkan Projek Fiona yang mana menjadi titik tolak penghasilan tablet permainan spesifikasi tinggi Razer Edge. Kali ini di Pameran Antarabangsa CES 2014 Razer membuat kejutan sekali lagi dengan pengumuman projek terbaru mereka, Projek Christine.

Projek Christine adalah komputer konsep yang mempunyai tahap keubahsuaian (modulariti) yang sangat tinggi. Projek ini yang mana sudah 2 tahun di peringkat pembangunan kini telah lengkap rekaannya dan bakal di demonstrasikan kepada orang ramai. Produk ini terdiri daripada platform asas komputer berupa tulang belakang di mana bahagian komponen komputer yang berbeza boleh dipasang dan ditanggalkan dengan mudah.

Modul seperti GPU, CPU, memori dan banyak lagi boleh dipasangkan ke rak platform ini pada mana-mana kombinasi dan ianya secara automatik menjadi aktif. Modul-modul tersebut juga dijangka mempunyai penyejuk cecair dalaman dan tidak memerlukan sebarang kabel untuk beroperasi. Samada modul-modul tersebut akan dikeluarkan secara eksklusif oleh Razer atau dari mana syarikat pihak ketiga masih tidak dapat dipastikan lagi.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)