Recent Comments

Monday, January 13, 2014

Berinteraksi dengan peralatan rumah anda.


LG telah mendedahkan satu perkhidmatan baru yang dinamakan HomeChat. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menghantar arahan kepada hampir semua peralatan rumah seperti ketuhar dan mesin basuh menggunakan khidmat pesanan ringkas.

LG meramalkan pada masa yang akan datang pengguna tidak perlu lagi bergegas ke peralatan rumah untuk memeriksa atau mengoperasikan peralatan tersebut, apa yang hanya perlu dibuat ialah menggunakan aplikasi pada telefon pintar pengguna.

LG HOMECHAT


Menerusi arahan dari telefon pintar tersebut peralatan rumah contohnya mesin basuh boleh menyalurkan maklumat kepada pengguna samada pakaian sudah dicuci atau pengguna boleh mengarahkan kerja-kerja lain seperti mengeringkan baju.

Apa yang menariknya pengguna tidak perlu menggunakan arahan yang kompleks. Hanya menggunakan bahasa yang biasa semasa berinteraksi atau memberi arahan kepada peralatan tersebut.

Peralatan rumah pertama yang akan dikeluarkan oleh LG yang menyokong perkhidmatan HomeChat ini dijangka akan dikeluarkan pada tahun ini. Dimasa yang sama juga LG telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama perkhidmatan pesanan ringkas LINE untuk membangunkan satu platform komunikasi untuk perkhidmatan HomeChat ini.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)