Robot Keecker ciptaan syarikat Perancis Keecker adalah antara gajet paling radikal ditonjolkan di Pameran Antarabangsa CES 2014 kali ini. Keecker mampu memancarkan imej gambar dan filem ke mana-mana ruang dinding yang kosong sama seperti mana-mana unit projektor yang ada, cuma bezanya ianya berfungsi tidak ubah seperti robot R2-D2 dari filem Star Wars yang mampu mengikut anda di mana-mana anda berada di rumah.
Selain itu robot ini juga membolehkan anda melayari internet, mendengar muzik ataupun bermain game. Semuanya dapat dilakukan dengan adanya storan dalaman 1 terrabyte di dalam peranti ini. Bukan itu saja, Keecker juga boleh memantau keadaan rumah anda (suhu, tahap bunyi, lampu, dsb) dengan menggunakan aplikasi yang tersedia. Anda boleh mengawal dan memantau data-data ini secara masa sebenar melalui telefon pintar anda.
Syarikat Keecker juga mendakwa robot ini mampu beroperasi selama beberapa hari tanpa perlu di caj semula. Robot Keecker akan mula dipasarkan hujung tahun 2014 dan harga dijangka diantara $4,000 (RM13078.00) ke $5,000 (RM16347.50).
0 comments:
Post a Comment