Recent Comments

Sunday, January 12, 2014

UPM pelanggan pertama Fujitsu PRIMEQUEST


Fujitsu, salah satu peneraju utama sektor ICT dunia baru-baru ini menjadikan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai Universiti Penyelidikan Malaysia yang pertama menggunakan teknologi pelayan terbuka PRIMEQUEST sebagai sebahagian pelaburan transformasi IT mereka.
“UPM sedang mengemaskini sistem sokongan IT untuk mengembangkan lagi tahap penyelidikan Negara disamping mengurangkan kos operasi pada masa yang sama. Penggunaan pelayan terbuka PRIMEQUEST dilihat dapat diintegrasikan keseluruhan kos penggunaan perisian tahunan sehingga 50%" kata Dr. Khairulnizam Samsudin (PHD), Pengarah Infocomm Development Center (iDec).

Disamping itu, UPM juga menggunakan pelayan Fujitsu PRIMERGY. Pelayan tersebut yang diperoleh dalam 2 fasa dijangka akan menggantikan sistem legasi yang sedia ada untuk menyokong pertambahan beban kerja sumber manusia dan mengelakkan perisian sumber manusia pincang tugas semasa proses migrasi yang lain contohnya semasa integrasi teknologi awan.
“Sebelum menggunakan pelayan terbaru PRIMERGY, sistem gaji sumber manusia kami mengambil masa sehingga 3 jam untuk siap. Sekarang, dengan adanya pelayan PRIMERGY, proses yang sama menjadi lebih pantas dan dapat disiapkan dalam jangkamasa 45 minit” Tambah Dr. Khairulnizam.

PRIMEQUEST

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)