Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi (MEST) Korea Selatan dilaporkan akan melabur 1.6 trillion won ($1.5 billion) untuk membangunkan teknologi 5G yang mana 1000 kali lebih pantas berbanding 4G LTE. Dengan kelajuan ini pengguna dikatakan dapat memuat turun sebuah filem penuh (kebiasaannya 800 megabait) sesaat.
MEST merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan 5G pada tahun 2017 dan mengkomersilkan perkhidmatan ini sebelum 2020. Dan sebagai tambahan kepada projek ini, MEST dijangka mengutamakan pembangunan fungsi utama 5G termasuklah striming Ultra-HD, transmisi hologram dan naik taraf rangkaian perkhidmatan social. Kerajaan Korea Selatan meramalkan prospek jualan teknologi ini kepada industri yang berkaitan mampu menjana keuntungan sehingga 331 trillion won ($310 billion) dari tahun 2020 ke 2026. MEST juga dikatakan akan berkerjasama dengan syarikat gergasi Korea Selatan seperti Sk Telekom, Korea Telecom, Samsung dan LG untuk menjayakan projek ini.
Walaupun ada pihak yang lain menganggap perancangan ini hanya sebagai sekadar satu gimik pemasaran, benua lain contohnya Eropah sudah pun membangunkan teknologi seumpama ini di negara masing-masing. Menurut laporan Digital Agenda for Europe, EU sedang merancang pembangunan 5G yang mana dibangunkan bagi memenuhi permintaan trafik yang semakin meninggi pada tahun 2020.
[well type=""]
SUMBER: mashable
[/well]
0 comments:
Post a Comment