Pengeluar pencetak 3D Stratasys melancarkan model pencetak 3D terbaru mereka yang dinamakan Object500 Connex 3. Mesin ini adalah pertama seumpamanya di dunia yang mampu mencetak objek 3D berbilang warna dan berbilang material.
Ini adalah sangat berlainan dengan pencetak 3D yang kebanyakkannya di pasaran yang hanya mampu mencetak rekaan estetik satu dimensi yang mana terhad kepada beberapa material yang terpilih.
“Sebagai mesin pencetak 3D penuh yang pertama di dunia, kami percaya Object500 Connex 3 mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Mesin ini membolehkan anda mereka apa-apa produk yang dibayangkan di waktu pagi dan dapat menghasilkan produk tersebut secara fizikal di sebelah tengah hari dengan kejituan material dan warna malahan bentuk keseluruhan” kata naib presiden pemasaran dan penjualan Stratasys, Igal Zeitun.
Dengan menggunakan 3 resis asas yang berbeza dan 10 jenis warna palet, Object500 Connex 3 mampu mencetak hampir apa sahaja objek 3D.
Stratasys juga menunjukkan produk akhir yang dihasilkan oleh mesin ini yang mana sangat menakjubkan. Antaranya ialah sepasang pelindung mata sukan (lengkap dengan kanta dan bahan getah), kasut fleksibel, fon kepala, pengisar dan topi keledar.
Namun begitu, disebabkan pencetak ini besar saiznya, Stratasys hanya mensasarkan syarikat-syarikat besar dan pereka spesifikasi tinggi sebagai pelanggan mereka.
Walaupun Stratasys tidak mendedahkan sebarang harga untuk mesin yang menakjubkan ini dijangka harga yang mungkin dijual adalah dalam lingkungan $330,000 (RM1101540.00). Object500 Connex 3 akan mula dipasarkan pada suku tahun kedua 2014.
[well type=""]
SUMBER: Mashable.com
[/well]
0 comments:
Post a Comment