Recent Comments

Tuesday, January 7, 2014

Melaka lancar bas elektrik pertama di negeri itu


Kerajaan Melaka melancarkan penggunaan bas elektrik pertama di negeri ini semalam.


Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata perkhidmatan bas elektrik yang dijana menggunakan bateri Iron-Phosphate itu akan diberikan secara percuma selama tiga bulan bermula Rabu ini.


"Kita akan menguji ketahanan dan prestasinya terlebih dulu di laluan kawasan Banda Hilir dan lokasi bersejarah selama tempoh tiga bulan terbabit.



 "Projek usahasama antara Panorama Melaka Sdn Bhd dengan syarikat AMDAC ini selari dengan usaha kerajaan negeri dalam merealisasikan dasar hijau di Melaka," katanya ketika ditemui selepas melancarkan bas elektrik berkenaan di Seri Negeri di sini, semalam.


bas elektrik melaka

Bas elektrik dengan teknologi hibrid itu tidak menggunakan piston seperti bas sistem diesel dengan kebolehupayaan kuasa bateri untuk bergerak sejauh kira-kira 300 kilometer.


Sumber rujukan: Berita Harian

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)