Sony dilaporkan telah menceburkan diri dalam bidang 'wearable-device' dengan pengenalan produk terbaru mereka Core SmartBand. Peranti ini yang mana dipakai pada pergelangan tangan berintegrasi dengan aplikasi mudah alih yang dinamakan 'Lifelog'.
CEO Sony Mobile Kunimasa Suzuki mendedahkan peranti Core dan juga SmartBand semasa sidang media syarikat tersebut di Pameran Antarabangsa CES. Beliau juga menambah yang produk ini adalah peranti yang terkecil pernah dihasilkan Sony. Walaupun penerangan beliau semasa sidang media tersebut agak terhad, beliau juga sempat mendemostrasikan aplikasi Lifelog tersebut yang mana menunjukkan carta kalori yang dibakar dan aktiviti kecergasan biasa yang lain.
Bila dipakaikan ke pergelangan tangan, Core/SmartBand tampak ringkas dan kelihatan seperti sebuah peranti yang khusus berbanding produk lain Sony seperti Smartwatch. Sony juga ada menyediakan jenis-jenis gelang yang berlainan untuk pilihan pemakai.
Akan tetapi apa yang menarik tentang produk ini adalah aplikasinya Lifelog. Aplikasi ini menurut Sony akan dikeluarkan dalam platform terbuka agar menarik minat pembangun aplikasi yang lain menghasilkan variasi fitur yang berbagai untuk produk ini. Sony mengatakan bahawa Core, bersama-sama dengan telefon, mampu memberitahu bila anda berulang-alik dan apa jenis kenderaan anda gunakan.
Sony merancang untuk melancarkan SmartBand musim bunga ini. Namun begitu tiada harga diumumkan lagi.
0 comments:
Post a Comment