Selepas Kanada, Asia dijangka akan menjadi destinasi kedua bagi pembinaan mesin ATM Bitcoin. Walaupun dengan penolakan kerajaan China terhadap matawang-krypto ini, ianya tidak menghalang syarikat pengeluar mesin ATM Bitcoin Robocoin untuk terus menghantar mesin ini ke beberapa lokasi di seluruh Asia.
Syarikat yang berpangkalan di Las Vegas ini akan menghantar lapan ATM Bitcoin untuk Taiwan dan Hong Kong bulan ini, dengan 39 lagi dijadualkan untuk diagihkan di seluruh Eropah dan Amerika Utara pada bulan Mac, menurut syarikat tersebut.
Mesin ATM tersebut akan membolehkan pemilik Bitcoin untuk bertukar-tukar tunai Bitcoin, dan sebaliknya. bagi mereka yang masih tidak pernah memiliki Bitcoin, boleh menggunakan ATM untuk mendapatkan Bitcoin pertama mereka. Mesin tersebut akan mempunyai siri ciri-ciri keselamatan, termasuk pengesahan biometrik yang dilakukan dengan bersama pengimbas tapak tangan, imbasan kad pengenalan, dan pengesahan muka.
Adalah sukar untuk meramalkan adakah usaha ini akan berjaya, tetapi setakat ini, mesin Robocoin di Vancouver telah mendapat sambutan yang mengalakkan.Dalam 29 hari sahaja, terdapat 1,576 transaksi yang dibuat dengan Bitcoin ATM, menurut wakil syarikat Robocoin, Sam Glaser kepada TechCrunch.
Sunnguhpun begitu, Suruhanjaya Penyeliaan Kewangan Taiwan dijangka akan menyekat pemasangan ATM kerana ia tidak mengiktiraf Bitcoin sebagai mata wang sebenar. Hong Kong, di sisi lain, tidak akan campur tangan, menurut Bloomberg.
Robocoin bukan satu-satunya syarikat yang menawarkan mesin ATM Bitcoin; sebuah syarikat baru, Lamassu, dilihat telah melancarkan mesin sendiri Mei tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment