Recent Comments

Monday, January 27, 2014

Gula sebagai sumber tenaga bateri peranti pintar tahun 2017


Satu penemuan baru yang ditemukan oleh sepasukan penyelidik dari Virginia Tech, telah mendapati bahawa sumber tenaga bateri boleh dihasilkan melalui tenaga gula.


Menurut kenyatan yang dikeluarkan oleh Techland Time dilaman sesawangnya pada 24 januari tahun ini, kajian  penyelidik dari Virginia Tech itu adalah untuk membuat bateri dengan tidak menggunakan bahan umum sepertimana yang digunakan oleh  kebanyakan bateri sebelumnya, tetapi membuatnya melalui tenaga gula.


Ini kerana molekul yang dihasilkan oleh gula mampu menghasilkan elektrik untuk mencetuskan tindak balas kimia.


Bukan hanya telefon pintar, namun mereka juga mendedahkan bahawa bateri gula tersebut boleh digunakan atau  berfungsi pada peranti tablet yang lain.


Ini kerana, mereka menyedari bahawa, telefon pintar atau tablet adalah peranti yang kuat menggunakan tenaga kuasa atau dalam erti kata lain, “kuat memakan bateri”.


Untuk kebaikan para pengguna tablet dan telefon pintar,  mereka akan cuba untuk menghasilkan tenaga bateri melalui gula itu, Bagi menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar dan peranti tablet dimasa hadapan.


Walau bagaimanapun, teknologi bateri gula itu, dijangkakan  siap pada 3 tahun akan datang. Jadi sama-samalah kita nantikan kemunculannya di pasaran pada tahun 2017 nanti.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)