Melakukan pekerjaan yang banyak dalam satu masa menuntut seseorang itu untuk mengerjakan beberapa hal sekaligus dan ini akan berlakunya pro dan kontra.
Melihat fenomena ini, sebuah pasukan dari School of Health and Rehabilitation di University of Queensland, Australia telah melakukan kajian mengenai gelagat dan sikap orang-orang yang ber’SMS‘ atau berbual-bual sambil berjalan.
Kajian ini yang mana akan memberi tumpuan pada seluruh tubuh manusia yang bertajuk "Texting and Walking: Strategies for Postural Control and Implications for Safety". Dengan kajian ini ianya berjaya membuktikan secara ilmiah bahawa ber’SMS’ sambil berjalan boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain .
Laman web dari Digital Trends, para penyelidik menyatakan bahawa ber’SMS’ sambil berjalan akan melambatkan kelajuan berjalan dan memeriksa e-mel pula akan membuat seseorang itu tidak dapat berjalan lurus kerana kehilangan fokus mereka sewaktu berjalan kaki.
Perbezaan kedudukan tubuh seperti sudut lengan dan kepala yang berubah-ubah sewaktu seseorang itu menaip dengan telefon bimbit juga meningkatkan risiko bertembung dengan orang lain serta terjadinya kemalangan dan akan mendatangkan kesan langsung terhadap keselamatan para pejalan kaki dan juga pengguna kenderaan di sekitar mereka.
0 comments:
Post a Comment