Recent Comments

Sunday, February 9, 2014

6 kemungkinan iWatch yang sukar ditandingi


iWatch merupakan salah satu gajet yang sering dinanti-natikan oleh kebanyakan pengguna dan pengemarnya di seluruh dunia. Namun kehadirannya seakan masih  misteri yang tidak terjawab. Bahkan hingga saat ini, Apple yang bertanggungjawab mencipta peranti ini,  masih belum mahu mendedahkan sebarang maklumat tentang peranti tersebut.


Sekiranya anda berminat untuk lebih tahu tentang produk ini, saya telah pun mengumpul data-data tentang apakah kehebatan iWatch tersebut dari internet. Secara ringkasnya  terdapat 6 ciri atau kehebatan iWatch yang sebenarnya begitu sukar ditandingi. Namun sebelum itu, anda perlu faham yang  data-data yang diperoleh tidak lebih dari sekadar khabar angin kerana tiada pengumuman rasmi lagi dari Apple berkenaan produk tersebut. Artikel di bawah menunjukkan kemungkinan yang bakal ada pada produk yang ditunggu-tunggu ramai, iWatch;




1. Mengecas bateri dengan ayunan tangan


motion charging


Ini merupakan satu kejayaan yang cukup menggerunkan. Ini kerana Bateri iWatch anda akan boleh dicas  atau terus secara automatik semasa anda mengayunkan tangan. Semakin banyak anda bergerak, maka semakin banyak cas bateri yang akan terhasil  secara automatik. Apple telah memfailkan paten ini sejak tahun 2009 lagi.




2. Bateri tenaga solar


solari watch


Walaupun seharian menggunakannya atau anda terlupa mengecas baterinya, anda tidak perlu risau tentangnya. Kerana iWatch mungkin akan dilengkapi dengan pengisian bateri tenaga solar yang membolehkannya secara automatik tercas sendiri apabila ia terkena cahaya matahari.




3. iWatch S


konsep s


iWatch S seakan menyerupai konsep yang dibawa oleh iPhone, iaitu menghadirkan versi 'S', untuk memberikan keselesaan para pengguna sehingga membolehkan anda mempunyai alternatif yang banyak untuk kegunaan peranti iWatch. Sama dengan iPhone 5S, iWatch S ini juga tersenarai dengan harganya yang mahal, namun ianya berbaloi.




4. iWatch C



iPhone yang menampilkan iPhone 5S dan 5C, iWatch juga hadir dengan versi yang sama. Sebelumnya telah di bahas untuk iWatch S, kini jam tangan pintar tersebut juga hadir dengan varian 'C'. menariknya iWatch C ini, Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding iWatch S. Dan menariknya dijangka varian ini akan mempunyai lebih banyak warna yang boleh dipilih.




5. Reka bentuk yang baik dan menarik



Reka bentuk yang dimiliki iWatch sangat elegan dan begitu menarik. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa  kemungkinan anda akan jatuh hati dengan peranti ini adalah sangat tinggi. Namun perkara perlu anda ingat adalah sehingga saat ini bentuk asal dari iWatch masih belum dipaparkan. Jadi gambar di atas hanyalah gambaran konsepnya yang sementara.




6. iOS 8



iOS versi terbaru, iaitu iOS 8 akan dipasang di peranti iWatch yang mana ianya  boleh mengesan segala aspek yang berkaitan dengan kesihatan pengguna.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)