Menurut khabar angin terbaru, Apple dilaporkan akan merancang untuk melengkapkan model iPhone terbaru mereka dengan paparan kaca nilam kristal yang akan membuat skrin telefon pintar tersebut tahan pecah. 9to5Mac adalah yang pertama untuk mengemukakan hipotesis ini, melaporkan satu persetujuan di antara Apple dan GT Advanced untuk menghasilkan sehingga 200 juta unit skrin ini menimbulkan tanda tanya.
Berbanding dengan kaca tradisional, kristal nilam adalah lebih tahan pecah atau calar. Ini menjadikan bahan-bahan yang sangat sesuai dengan rancangan mereka untuk melengkapkan iPhone terbaru dengan skrin sedikit melengkung. Laman web tersebut juga ada melaporkan yang penghasilan besar-besaran skrin ini dijangka akan bermula seawal bulan ini.
Penggunaan kristal nilam bukan perkara baru pada produk Apple. Apple telah menggunakan kristal nilam dalam kuantiti yang lebih kecil untuk melindungi kamera pada iPhone 5S.
0 comments:
Post a Comment