Muncul lagi sebuah peranti pintar iaitu cermin mata yang kini sedang dibangunkan yang mana dinamakan PairASight. Cermin mata ini yang mana membolehkan penggunanya untuk berkongsi apa sahaja yang dilihatnya kepada orang lain di seluruh dunia.
Kacamata ini dilengkapi dengan kamera video 1080p HD serta sistem komunikasi audio dua hala. Video dan audio tersebut boleh dihantar secara tanpa wayar ke internet melalui telefon pintar, tablet atau komputer riba.
Fungsi utama cermin mata ini adalah untuk memudahkan seseorang untuk menghantar video apa yang dilihatnya tanpa perlu memegang kamera, tablet, ataupun telefon pintar tersebut. Dengan cara itu, pengguna boleh memberi tumpuan kepada aktiviti merakam.
Kacamata ini masih sedang dalam pembangunan, dalam erti kata lain PairASight ini masih dalam peringkat prototaip. Pihak pembangun yang membuat kacamata ini agar boeh digunakan dalam bidang automotif, pelayanan kesihatan serta peruncitan.
0 comments:
Post a Comment