Recent Comments

Monday, February 3, 2014

Transmitter boleh-pakai tukar tapak tangan anda jadi skrin sesentuh


Dunia di hujung jari anda, mungkin itu yang paling sesuai dikatakan pada gajet terbaru boleh-pakai yang dinamakan Fin ini.


Fin membolehkan pengguna mengawal sehingga tiga peranti seperti telefon pintar, radio kereta dan TV pintar dengan hanya mengerakkan jari. Teknologi berbentuk cincin ini dipakai pada ibu jari, dan berkomunikasi dengan peranti yang berlainan menggunakan Bluetooth.


Fin mempunyai lima isyarat yang di pra-diprogramkan; dalam lelaran akhir, pengguna dapat mecipta gerakan khas yang untuk melalui aplikasi yang datang dengan peranti ini.


"Orang ramai di dunia hari ini menjadi lebih sibuk, tetapi masih mereka membuang banyak masa berinteraksi dengan peranti pintar mereka," Rohildev Nattukallingal, pengasas RHL Vision Technologies, Syarikat di sebalik Fin, memberitahu Mashable baru-baru ini. "Fin membuang jurang interaksi ini dengan membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan pantas dengan peranti-peranti ini."


Peranti mudah alih ini boleh mengawal suara di televisyen, dan juga membolehkan pengguna teks atau dail nombor tanpa menyentuh telefon mereka. Pencipta Fin mengatakan mereka berharap interaksi semula jadi ini boleh membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan.


Fin boleh bertahan sehingga sebulan dengan hanya sekali isian semula jika ia digunakan dalam mod penjimatan kuasa, dan hanya digunakan lapan jam sehari, lapor Nattukallingal. Fin akan dijual pada harga $120 (RM401.58), dan dijangka akan dikeluarkan pada September 2014. Pencipta Fin juga merancang untuk melancarkan kit pembangunan perisian bagi memudahkan pemaju mewujudkan aplikasi mereka sendiri untuk Fin. Peranti ini akan dijual dalam lima warna yang berbeza.






Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)