Recent Comments

Friday, February 28, 2014

Huawei hasilkan Talkband B1 Smartwatch & Fitness Tracker kalis air danhabuk dengan ketahanan bateri selama 6 hari


Peranti pengkomputeran mudah alih dari desktop, peranti mudah alih dan sekarang pula ‘wearable device’ yang bermaksud peranti ini disematkanpada tubuh badan kita sepert "smartwatch, tracker dan glasses/kacamata" yang mempunyai fungsi-fungsi dan ciri-ciri tambahan selain telefon biasa.

Pada kali ini, Huawei juga mengambil bahagian dalam pasaran peranti ‘wearable device’ dengan mengumumkan kehadiran Talkband B1 pada MWC 2014. Talkband B1 ini adalah merupakan ‘smartwatch’ serta ‘fitness tracker’ untuk memantau kehidupan kecergasan, aktiviti dan kita boleh menyambung ke telefon pintar melalui Bluetooth. Peranti yang disokong oleh Huawei adalah gajet dengan sistem operasi OS Android yang mana ianya hadir dengan versi Gingerbread dan IOS bermula dari versi 5.0.

Spesifikasi Talkband B1 mempunyai skrin berukuran 1.4 inci yang berteknologi OLED dengan beratnya hanya 1 gram dan 00:33mm lebar dengan reka bentuk melengkung. Smartwatch dibuat daripada thermoplastic vulcanized silicone berkualiti tinggi dan mempunyai sijil IP57 yang menyediakan ciri-ciri kalis air dan habuk.

Talkband B1 mempunyai ketahanan jangka hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 6 hari sahaja dengan sekali cas selama 2 jam di mana kapasiti bateri 90mAh . Apabila digunakan untuk memanggil melalui telinga dengan ini Talkband B1 boleh bertahan sehingga 7 jam.

Talkband B1 ini akan dipasarkan pada harga 136 USD (RM446.56).

TalkBand3_1020_verge_super_wide TalkBand5_1020_verge_super_wide TalkBand6_1020_verge_super_wide TalkBand9_1020_verge_super_wide

Filled Under:

1 comments:


 

Feature Ad (728)