Ketua Pegawai Pemasaran PT MNC Tencent iaitu Andy Lau berkata bahawa perkhidmatan mesej segera WeChat mempunyai konsep yang berbeza dari media sosial yang lain. Sehingga kini tumpuannya adalah untuk membawa perkhidmatan WeChat yang bersifat peribadi.
"WeChat bukan seperti Facebook yang mana ianya boleh memberikan banyak perkara kepada sesiapa sahaja.WeChat dirujuk sebagai satu platform yang menghidangkan pelbagai kandungan berasaskan mesej segera. Seperti yang diketahui, perkhidmatan yang berasal dari Negeri Panda ini sedang bersikap agresif dalam mengukuhkan kandungannya seperti permainan, aplikasi dan pelekat” katanya.
Katanya lagi, dalam masa terdekat mereka juga akan melaksanakan dengan pelbagai perkhidmatan pengewangan, seperti jual beli secara ‘online’ dan ‘e-commerce, pembayaran dalam talian, serta penggunaan WeChat akan dimanfaatkan oleh syarikat untuk menggalakkan promosi. "Kami akan terus untuk menyampaikan perkhidmatan kepada pengguna peranti mudah alih di seluruh dunia.
Andy mendakwa semasa 2013 WeChat adalah merupakan perkhidmatan mesej segera dengan kadar pertumbuhan yang tertinggi di seluruh dunia, yang mana mencapai 400%. Angka itu datang dari luar China, negara asal WeChat .
Pada tahun 2013, China berada di kedudukan tempat yang paling banyak pengguna di seluruh dunia. Kedudukan tempat kedua oleh Indonesia, manakala India ditempat ketiga. Di luar negara Buluh Tirai ini, jumlah pengguna WeChat mencapai 107 juta pengguna. WeChat juga mendakwa menguasai 50% daripada bahagian pasaran instan WeChat di negara ini.
0 comments:
Post a Comment