Tangan palsu pintar iaitu peranti canggih yang dinamakan i-Limb ultra revolution baru sahaja dicipta oleh sebuah syarikat bernama Touch Bionics. Alat ini adalah merupakan tangan palsu elektronik yang juga boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon pintar.
Pihak syarikat Touch Bionics berkata bahawa i-Limb Ultra Revolution tersebut merupakan tangan palsu pertama di dunia ini yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar. Keupayaan ini boleh dilakukan bersama-sama dengan aplikasi mudah alih yang dipanggil biosim.
Di samping itu, keupayaan tangan palsu ini mempunyai fungsi yang sangat berguna untuk mereka yang memerlukan. Tangan palsu ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri serupa dengan tangan manusia. Dengan cara inilah Touch Bionics dapat membantu kepada mereka yang tidak mempunyai tangan yang boleh bergerak seperti orang biasa.
Ianya bukan sahaja boleh dikawal melalui telefon pintar, tangan palsu pintar ini boleh bekerja secara langsung kepada sensor yang dapat mengesan pergerakan otot. Di samping itu, ianya juga tidaklah terlalu berat, yang mana beratnya berbeza-beza antara 443 gram hingga 515 gram, bergantung kepada saiz. Di samping itu, tangan palsu 7.4 V ini boleh menahan beban sehingga 90 kilogram dan 32 kilogram di bahagian jarinya.
[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]
0 comments:
Post a Comment