Tablet serta telefon pintar pada masa kini yang terdapat di pasaran tampil dengan papan kekunci maya yang hampir mendominasi skrin sentuhnya. Hal ini dapat kita lihat melalui beberapa syarikat pengeluar tablet yang menggunakan tambahan berupa papan kekunci fizikal .
Namun berbeza pula dengan apa yang dilakukan oleh Fujitsu dimana mereka membangunkan sebuah papan kekunci maya yang serupa dengan teknologi papan kekunci unjuran yang mana pada ketika ini sudah ada di pasaran. Bezanya, teknologi dari Fujitsu ini tidak memerlukan peranti tambahan, melainkan hanya memakai kamera yang ada pada tablet .
Oleh itu, pemilik tablet tersebut tidak perlu membeli alat tambahan atau membawa papan kekunci fizikal yang menambah bebanan bag sandang pengguna. Teknologi yang dibangunkan oleh Fujitsu ini juga turut membolehkan pengguna atau pemilik tablet untuk menekan butang palsu pada permukaan yang rata .
Namun begitu teknologi ini masih dalam tahap pembangunan menyebabkan tablet yang menggunakan teknologi ini tidak akan ditemui dalam masa yang terdekat .
Apakah komen anda tentang teknologi baru ini?
[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]
0 comments:
Post a Comment