[dropcaps style="dropcap-standard" color="#000000"]NTT[/dropcaps]Communications Corporation (NTT Com), peneraju bagi komunikasi data, awan dan antarabangsa dalam NTT Group, mengumumkan pada 12 Februari bahawa perkhidmatan saling sambungan Arcstar Universal One 100Gbps Ethernet telah berjaya membuat penghantaran video tanpa mampatan 8K berdefinisi ultra tinggi jarak jauh praktikal yang pertama di dunia pada 5 Februari lalu. Perkhidmatan 100Gbps telah menjadi rangkaian utama bagi sambungan berkapasiti tinggi di antara Tokyo dan Osaka, dengan jarak kira-kira 600 km, pada demonstrasi penghantaran di Pesta Musim Sejuk Sapporo, bahagian Jepun utara.
Demonstrasi tersebut yang dianjurkan oleh Institusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negara (NICT), menggunakan format dwi hijau tanpa mampatan 8K dengan kadar kerangka 60P serta video 12-bit (24Gbps). Penghantaran video tanpa mampatan 4K berdefinisi ultra tinggi dapat dilakukan pada masa yang sama. Degradasi dan kelewatan telah berkurangan berbanding dengan talian sewa 10Gbps Ethernet biasa yang memerlukan mampatan data atau pembahagian data disebabkan oleh penggunaan pelbagai talian.
Arcstar Universal One menawarkan kapasiti dengan ultra tinggi, perkhidmatan rangkaian yang luas dengan penghantaran data 100Gbps yang dijamin sepenuhnya. Perkhidmatan tersebut boleh didapati di semua wilayah Jepun, menggunakan tiga laluan lewah di sepanjang persisiran pantai Pasifik, pusat Bandar Jepun dan juga bahagian pantai Laut Jepun. Ia dijangkakan untuk digunakan bagi acara-acara utama yang memerlukan penghantaran video berdefinisi ultra tinggi masa nyata, seperti siaran Sukan Olimpik dan dalam bidang serta industri yang memerlukan rangkaian berkapasiti ultra tinggi, seperti penyiaran, penyediaan kandungan dan penyelidikan akademik.
Bagi terus melangkah ke hadapan, NTT Com dijangka untuk terus menaik taraf talian sewa globalnya kepada 100Gbps bagi menyahut keperluan rangkaian korporat yang lebih pantas serta lebih kapasiti data. Di samping perkhidmatan baharu yang sesuai, syarikat tersebut merancang untuk meningkatkan lebihan 100Gbps bagi memastikan peralihan bebas gangguan yang mengelakkan kegagalan komunikasi walaupun beberapa saat dalam sebarang bencana atau kerosakan.
[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]
0 comments:
Post a Comment