Recent Comments

Thursday, February 13, 2014

Walkman dalam Botol Air, Cara Kreatif Promosi Sony


Dengan menjual peranti Walkman yang drendam di dalam botol air, Sony telah menemui jalan yang paling jelas untuk menjawab soalan tentang bagaimana Walkman mereka kalis air.


Bukan sahaja ianya terendam di dalam botol air, botol tersebut juga dipamerkan di mesin minuman layan diri yang mana dibariskan bersama minuman tenaga dan snek di sebuah gymnasium di New Zealand.


Selain menonjolkan keupayaan hidrofilik Pemain Mp3 Walkman W NWZ-W273, kempen pemasaran yang bijak ini juga meletakkan produk yang di hadapan pembeli yang berpotensi besar - peminat kecergasan yang tegar.


Sesuai dengan di'gimik'kan sebegitu rupa, pemain MP3 ini sememangnya satu peranti yang lengkap kepada mereka yang ingin berenang sambil mendengar muzik atau pada pada mereka yang ingin bersenam.



Peranti ini mampu menyimpan muzik sehingga 4GB atau 8GB - yang mana ianya boleh dipindahkan melalui sambungan komputer. Bateri yang dibekalkan pula mampu bertahan sehingga 8 jam. Lebih menarik lagi, tidak lagi alasan bateri habis ketika bersenam kerana Pemain Mp3 Walkman W NWZ-W273 mampu beroperasi sehingga satu jam dengan hanya cas semula tiga minit (caj penuh 3 jam).


Semua butang kawalan untuk ke hadapan dan belakang, berhenti, meninggikan suara atau melompat antara senarai main dibina di dalam fon kepala sebelah kiri atau kanan, jadi tidak ada keperluan untuk klip pada unit kawalan jauh yang berasingan.


Walkman kalis air Sony ini sudah mula dijual dengan harga bermula dari $100 (RM332.30) bagi versi 4GB.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)