Recent Comments

Tuesday, February 4, 2014

Samsung bakal lancar Phablet mampu milik


Samsung dilaporkan sudah mengesahkan khabar angin Phablet mampu milik mereka dengan perasmian telefon pintar Galaxy Note III Neo. Peranti ini menyasarkan pengguna yang inginkan telefon pintar yang bersaiz besar tetapi murah.


Diumumkan pada Jumaat lepas di Poland dan Samsung dikatakan telah bersedia untuk memasarkan peranti ini secara besar-besaran Februari ini, telfon pintar ini dijangka akan mendapat sambutan yang mengalakkan kerana saiznya yang besar akan tetapi pada harga yang murah.

Neo dilengkapi skrin 5.5-inci AMOLED (720 x 1080) sedikit kecil berbanding Galaxy Note III yang asal iaitu 5.7-inci, cip pemproses yang baik, RAM 2GB, dan Kamera belakang 8-megapiksel berserta cahaya LED. Kamera 2-megapiksel diletakkan pada bahagian hadapan telefon pintar ini manakala bagi storan dalaman pula 16GB disediakan dan boleh ditambah melalui kad MikroSD.

Terdapat dua versi bagi model ini: satu yang menyokong 4G/LTE manakala satu lagi hanya 3G. Satu model akan datang dengan cip pemproses yang lebih pantas dan satu lagi yang biasa. Namun begitu kedua-dua model ini dikatakan sudah cukup bagi penggunaan phablet harian pengguna.

Samsung dijangka akan memberi maklumat lanjut mengenai harga dan ketersediaan telefon pintar ini pada Kongres Dunia Mudah Alih yang akan diadakan di Barcelona pada 24 Februari.

Galaxy Note 3 Neo


[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)