Recent Comments

Tuesday, February 4, 2014

Solar Bag: Bag tangan yang boleh membersihkan air


Pada masa ini, lebih daripada satu bilion orang di dunia ini sedang mengalami kekurangan air bersih dan kira-kira 300 juta mereka ini di Afrika sahaja. Atas dasar ini, dua orang pelajar dari sekolah Reka bentuk perindustrian, Ryan Lynch dan Marcus Triest telah mencipata“Solar Bag” untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di Afrika.


Beg solar adalah beg sandang yang mana berfungsi untuk membawa air dari sumber air yang jauh dan berfungsi sebagai alat untuk membersihkan air. Beg ini yang diperbuat daripada bahan polietilena akan membolehkan sinar UV melalui lapisan luar beg itu dan membunuh kebanyakan bakteria yang boleh didapati di dalam air itu. Konsep yang ditawarkan oleh Ryan Lynch dan Marcus Triest ini adalah satu konsep membersihkan air dengan sinaran matahari dan botolnya pula diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET).


Lapisan polietilena juga didapati di belakang beg itu akan membantu merefleksikan sinar UV dan memanaskan air sehingga mempercepatkan proses pembersihan air. Beg ini dilaporkan mampu menghapuskan bakteria 2.5 gelen air dalam masa lebih enam jam. Menurut laman web Lynch, Beg solar boleh digantung atau diletakkan di atas tanah semasa waktu pembersihan.


Solar bag ini juga akan dilengkapi dengan paip yang mana berfungsi untuk membuang air di dalam beg. Pada masa ini, Solar Bag sedang menunggu untuk dihasilkan secara beramai-ramai. Semua berharap agar penemuan yang dibuat oleh Ryan Lynch dan Marcus Triest, dalam krisis air bersih di dunia boleh diselesaikan lebih baik.


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)