Seperti mana masa beredar begitu juga teknologi mudah alih hari ini yang di bangunkan bukan sekadar satu fiksyen. Hari ini semua orang sudah sebati dengan skrin sentuh. Hanya menggunakan jari sahaja untuk mengakses menu atau mengawal peranti bukan lagi tugas yang rumit. Pada umumnya semua sudah pun mengetahui dan ianya sudah menjadi asas dam lazim buat peranti mudah alih. Namun persoalannya apa lagi selepas ini? Apa lagi selepas jari?
Semua pengguna mudah alih pasti akan merasa teruja dengan perkembangan gajet-gajet yang akan dating. Dengan sedikit kupasan artikel ini, menyedarkan kita bahawa kita kini sudah pun memasuki segmen gajet akan dating yang bukan lagi sekadar cerita kosong.
Dengan menggunakan gerakan deria kita boleh mengawal peranti dengan hanya gerakan tangan tanpa perlu menyentuh skrin secara fizikal. Pada asasnya, hanya satu USB kecil di langkapi perisian di letakkan di atas meja sahaja. Dengan menggunakan kamera dan tiga lampu LED inframerah, peranti akan memerhati hemisfera kawasan dalam jarak satu meter. Ia di reka untuk mengesan jari atau gerakan yang menyeberang ke dalam kawasan hemisfera dan mentafsir sesuatu tindakan.
Jika anda pernah melihat cerita Iron man, pasti anda akan memahami apa yang di maksudkan. Teknologi ini mampu menjalankan tugas seperti melayari web, isyarat pinch untuk zoom pada peta, penyampaian lukisan berkualiti dan memanipulasi data visual 3D yang kompleks.
Salah sebuah syarikat yang aktif dalam membangunkan teknologi ini, iaitu Leap Motion telah pun mempromosikan peranti ini kepada umum. Leap Motion turut mengumumkan kerjasama denagn Asus dan Hp akan mengaplikasikan teknologi dalam peranti terbaru keluaran mereka nanti. Ini salah satu aplikasi teknologi terbaru mereka.
1. MYO oleh Thalmic Labs
MYO oleh Thalmic Labs menggunakan armband pada lengan, berlainan pula bagi Leap Motion. Leap Motion menggunakan peranti USB kecil sebagai perantara. Kedua-dua gajet ini akan mengesan aktiviti elektrik dalam otot lengan secara wayarless untuk mengawal pelbagai gerakan peranti lain. Ini termasuklah mengawal permainan video, persembahan slaid, computer malah helicopter kawalan jauh dan sebagainya.
Armband di lengkapi bateri lithium-ion yang boleh di cas semula. Pemprosesan Arm, sensor proprietary untuk aktiviti otot Thalmic Bluetooth 4.0. Labs Thalmic juga melaporkan MYO akan berintegrasi sepenuhnya dengan Microsoft Windows dan Mac OS.
2. Fujitsu Touch
Fujitsu juga tidak ketinggalan dalam pembangunan teknologi baru yang di manfaatkan dalam dunia mabil dan di namakan Fujitsu Touch. Keluaran Fujitsu Touch membangunkan antaramuka intuitif yang membolehkan pergerakan dan arahan dibuat menerusi sentuhan jari di mana-mana permukaan hsail gabungan kamera dan projector.
Teknologi ini berkemungkinan banyak operasi seperti kemampuan menyalin teks dokumen atau buku yang kemudiannya di simpan dalam format digital. Menyalin data dan di hantar ke skrin lain untuk di lihat, membesarkan dan mengecilkan imej pencaran dengan menggunakan jari. Walaubagaimanapun Fujitsu belum lagi mengumumkan tarikh bila teknologi ini dijangka siap sepenuhnya. Apa yang pasti, jika ia di pasarkan nanti pasti ramai yang akan kagum dan rasa teruja.
0 comments:
Post a Comment