Recent Comments

Sunday, November 17, 2013

‘Super-Wifi’ bakal beroperasi di 500 buah kampus


Teknologi tanpa wayar terbaru yang di gelar ‘Super-Wifi’ bakal di pasang di lebih 500 buah kampus di Amerika Syarikat berikut pengumuman rasmi dari syarikat yang bertanggungjawab.

Declaration Network, sebuah syarikat yang berkerjasama dengan beberapa buah kolej dan NGO mengumumkan akan memulakan perkhidmatan tersebut di lebih 500 buah sekolah dan kolej serata Amerika Syarikat.

Teknologi tanpa wayar tersebut yang digelar ‘Super-wifi’ adalah teknologi tanpa wayar yang menggunakan frekuensi yang berbeza dengan teknologi tanpa wayar yang biasa (wi-fi) yang digunakan di rumah dam tempat awam.

Teknologi tersebut menggunakan ‘ruang putih’ atau ruang spektrum frekuensi tanpa wayar yang biasanya digunakan oleh siaran televisyen.

Teknologi ‘Super-wifi’ ini mempunyai liputan lebih besar dari teknologi yang biasa.

Menurut Bob Nichols, Pengurus Eksekutif bagi Declaration Networks, pihaknya amat teruja untuk memulakan projek tersebut yang mana teknologinya adalah sangat baru. Beliau juga berharap projek ini dapat menarik minat orang ramai tentang kebaikan teknologi ‘ruang putih’ ini.

Jurucakap Declaration Networks juga menyebut yang projek ini akan dimulakan di sebuah sekolah di West Virginia sebelum beralih ke sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang lain.

Teknologi ‘Super-Wifi’ ini tidak memerlukan peralatan tambahan untuk beroperasi dan yang menariknya ‘Super-Wifi’ mampu menjangkau liputan sehingga 8 kilometer berbanding teknologi wifi yang hanya mampu mencapai 100 meter.

Declaration Networks berkerjasama bersama sebuah lagi NGO yang dinamakan AIR.U. Inisiatif AIR.U ini di umumkan pada tahun 2012 bertanggungjawab dalam menydiakan perkhidmatan tanpa wayar di sekolah-sekolah yang berada di pedalaman. Inisiatif ini juga dibantu oleh syarikat gergasi Google, Microsoft, Pertubuhan New Amerika dan Suruhanjaya Negeri Appalachian.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)