Recent Comments

Tuesday, November 26, 2013

Taktik Kotor intipan NSA


Pendedahan terbaru Edward Snowden mengenai aktiviti intipan NSA menggemparkan dunia internet sekali lagi.

Edward Snowden, bekas kontraktor Agensi Keselamatan AS (NSA) mendedahkan satu lagi dokumen rahsia tentang bagaimana maklumat dikumpul dari seluruh dunia.

Dokumen rahsia yang dikeluarkan pada tahun 2012 itu menerangkan secara terperinci bagaimana NSA melalui program Computer Network Exploitation (CNE) menyebar dam memasang program intipan komputer  kepada lebih 50,000 komputer di seluruh dunia.

Program ini yang mirip virus atau malware menjangkiti komputer pengguna dan memintas segala trafik data yang melalui komputer itu.

Berdasarkan dokumen itu juga, rangkaian operator telekomunikasi Belgium yang bernama Belgacom dikenalpasti telah dijangkiti proram itu pada September 2013. Menurut laporan media NRC Belanda,  kemasukan program itu ke rangkaian Belgacom adalah berpunca hasil operasi risikan oleh agensi perisikan United Kingdom iaitu Government Communication Headquarters (GCHQ). GCHQ dipercayai sudah beberapa tahun memantau trafik hubungan telefon dan data pelanggan Belgacom.

Penyebaran program yang dianggap berbahaya oleh NSA ini dipercayai diterajui oleh satu jabatan khas di bawah NSA yang dikenali sebagai Thailand Access Operation (TAO). Menurut sumber dari dokumen itu juga dipercayai mempunyai lebih 1000 penggodam bekerja untuk mereka.

Sumber dari Washington Post menyokong tentang kewujudan jabatan rahsia ini di mana artikel yang ditulis mereka menceritakan secara terperinci bagaimana TAO ditubuhkan pada tahun 1998. Ini bermakna Amerika Syarikat telah lama cuba mengintip negara-negara dunia melalui internet.

Apa yang menakutkan ialah program CNE ini mampu disusupi di mana-mana rangkaian telekomunikasi dan mampu aktif bertahun-tahun tanpa disedari. Ianya boleh dihidupkan, dimatikan dan dikendalikan dari jarak jauh.

Media NRC Belanda cuba mendapatkan penjelasan dari NSA tetapi dinafikan oleh jurucakap mereka. Menurut jurucakap kerajaan Amerika Syarikat sebarang pendedahan maklumat boleh membahayakan keselamatan negara itu.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)