Permainan binatang peliharaan virtual Tamagotchi akan dilancarkan semula selepas 17 tahun sejak pertama kali dikeluarkan.
Mainan ini yang pernah menjadi kegilaan pada tahun 90an akan dilancarkan semula dengan memberi nafas yang baru.
Berbanding model yang asal versi baru ini akan dikenali sebagai Tamagotchi Friends.
Konsep permainan ini masih sama di mana pemain akan menjaga haiwan peliharaan mereka dari ia menetas dari telur sehingga la besar dengan menekan butang-butang tertentu, pada masa yang tertentu.
Cuma yang bezanya, kali ini Bandai akan memperkenalkan beberapa lagi karektor haiwan berbanding satu dalam versi sebelum.
Kemas kini ketara yang lain termasuk " komunikasi jarak pendek" di mana pemilik boleh menyambungkan unit kepada Tamagotchi yang lain supaya mereka dapat berinteraksi.
Ini akan membolehkan mainan Tamagotchi ini boleh "bermain temujanji" antara satu sama lain, dan juga berkongsi pengalaman yang lain.
Bandai berkata bahawa ia akan juga mengemaskini rupa mainan dengan "reka bentuk trend-inspirasi bergaya".
Versi paparan hitam putih akan dilancarkan di seluruh Eropah pada hujung tahun ini manakala untuk pasaran Amerika Syarikat pula pada musim luruh 2014. Harga jualan dijangka pada harga £15.
0 comments:
Post a Comment