Syarikat Anti-Virus terkenal Avast mengumumkan pengambilalihan Jumpshot, perisian pc yang khusus untuk mengoptimumkan sistem operasi komputer. Jumpshot menawarkan fungsi yang ringkas dan pintar dalam memperbaiki tahap kelajuan komputer yang perlahan dengan satu langkah yang mudah.
Untuk membuatkan proses pembaikan ini menjadi lebih menarik, perisian ini menggunakan karektor-karektor animasi yang memaparkan bagaimana keseluruhan proses pembaikan berlaku. Karektor-karektor animasi ini akan menunjukkan bagaimana mereka membuang fail-fail yang tidak digunakan dan memadam mana-mana ‘toolbar’ yang tidak perlu.
Avast bercadang untuk megintegrasikan perisian ini dengan perisian antivirus mereka dengan mengekalkan teknologi yang digunakan Jumpshot.
Memetik dari ucapan Vincent Steekler, Pengarah Eksekutif Avast beliau mengatakan;
“Pengguna komputer peribadi hanya ambil tahu 2 perkara: Menyimpan data mereka dengan selamat dan sistem operasi yang mantap. Hari ini, Avast melindungi pengguna komputer peribadi lebih dari mana-mana syarikat antivirus yang lain. Dengan tambahan teknologi Jumpshot yang canggih, kami bukan hanya memberi perlindungan kepada pengguna kami malahan menawarkan peluang memantapkan sistem operasi komputer mereka dengan perisian Jumpshot yang efisien”.
Jumpshot diasaskan dari Austin, Texas oleh 2 bekas pengurus syarikat penyelidikan keselamatan David Endler dan Pedram Amini. Dengan berbekalkan pengalaman sebagai penasihat komputer kepada keluarga dan rakan-rakan, matlamat kedua-dua bekas pengurus ini adalah untuk menghasilkan satu produk yang khusus untuk mereka yang kurang berpengetahuan dalam bidang IT melaksanakan proses mengoptimumkan komputer mereka dengan mudah.
0 comments:
Post a Comment