Kepesatan teknologi industri automotif memberi ilham kepada beberapa buah syarikat menghasilkan inovasi-inovasi canggih pada tahun 2013. Inovasi ini menyaksikan bagaimana kelebihan IT diterapkan secara komprehensif pada komponen-komponen dan aksesori-aksesori kereta keluaran terbaru mereka. Inovasi-inovasi ini juga dilihat meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan agar pengguna lebih yakin dan selesa memandu kereta mereka disamping mengurangkan kadar kemalangan.
Artikel saya pada kali ini menyenaraikan gajet-gajet yang terkini dan inovatif khas untuk penggemar industri automotif masa kini. Produk-produk ini dipilih berdasarkan keberkesanan produk-produk ini dalam kegunaan seharian.
1. Opel IntelliLink
https://www.youtube.com/watch?v=5CgX2IzUOg8
Opel telah memperkenalkan kereta terbaru mereka, Adam dengan integrasi kawalan suara Siri Apple. Dengan aplikasi Siri Eyes Free, pengguna boleh mengawal telefon pintar mereka dan juga sistem ‘Infotainment’ mereka melalui kawalan suara. Untuk beroperasi, sistem ini disambungkan pada telefon pintar melalui sambungan Bluetooth. Harga (RM1,300).
2. Alpine INE-W977BT
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan sistem komputer kereta anda, produk ini adalah alternatif yang terbaik. Tablet 7 inci ini menggabungkan multimedia dan navigasi menjadi satu. Untuk memudahkan pengguna mencari arah dan berhibur dalam satu masa, tablet ini mampu mengasingkan dua paparan berbeza yang mana satu untuk multimedia, dan satu lagi navigasi menerusi skrin 7 inci resolusi 800×480. Tambah menarik lagi, tablet ini mampu di pasangkan sehingga 5 telefon pintar bagi tujuan paparan luaran atau untuk di kawal dari stereng kereta. (Harga RM5200).
3. Garmin Heads-Up Display
Alat navigasi khusus sukar dijual di pasaran berikutan kelebihan telefon pintar dengan GPS terbina. Dan disebabkan oleh itu Garmin telah mengeluarkan satu produk yang inovatif dimana mempunyai keunikannya yang tersendiri. Produk ini membolehkan pengguna memaparkan visual peta dan arah di cermin depan kereta berbanding produk GPS lain di skrin. Dengan kelebihan ini pemandu dapat menumpukan perhatian tanpa perlu menoleh ke tepi untuk melihat peta dan arahan. Produk ini beroperasi melalui sambungan telefon pintar dengan aplikasi peta Garmin.
4. Mercedes S Class: Car-to-X
https://www.youtube.com/watch?v=6ZPp3yHMSZo
Mercedes adalah pengeluar kereta yang pertama memasang komunikasi Car-to-X pada kereta mereka bermula dengan model S-Class. Dengan sistem ini kenderaan dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan berkongsi maklumat seperti laporan trafik, lokasi kemalangan dan sebagainya. Komunikasi ini dikawal melalui telefon pintar yang disambungkan pada komputer dalaman menerusi sambungan Drive-Kit-Plus.
5. E-call: Panggilan Kecemasan di hujung jari
https://www.youtube.com/watch?v=Oa9exFRI-KI
EU mensasarkan pengurangan kemalangan kenderaan dengan mewajibkan kesemua pengeluar kereta memasang sistem panggilan kecemasan automatik, E-call pada kereta mereka. Sistem ini secara automatik menghubungi talian kecemasan apabila kereta tersebut mengalami kemalangan selain panggilan kecemasan sistem ini juga menghantar lokasi kemalangan kepada pihak berkuasa dan juga cuba menghubungkan mangsa dengan pertolongan kecemasan melalui telefon. Selain dari itu sistem ini boleh diaktifkan secara sentuhan butang. (Harga RM432).
0 comments:
Post a Comment